Meriah! Lelaki Ini Bawa 4 Isteri, 13 Anak Shopping Raya Sekali

Entertainment
18 Apr 2022 • 9:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di TikTok, viral rakaman video memaparkan seorang lelaki keluar membeli-belah baju raya bersama empat orang isteri dan 13 orang anak-anaknya.

Dalam rakaman video pendek itu, kelihatan mereka berjalan beramai-ramai dalam satu kumpulan. Menerusi kapsyen yang ditulis, pemilik video menggambarkan rombongan mereka sangat meriah, dah macam trip jalan-jalan bersama syarikat.

Dalam perkongsian video lain, si bapa berkata keluar bersama anak-anak yang sudah meningkat dewasa dirasakan seperti keluar bersama kawan-kawan je.

Di ruangan komen, rata-rata daripada netizen meninggalkan reaksi positif dan mengagumi ukhuwah yang terjalin di antara mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

Menurut mereka, si suami jelas sekali seorang yang bertanggungjawab dan bertuah memiliki isteri-isteri yang penyayang. Setakat ini perkongsian video telah mendapat lebih 800,000 tontonan di TikTok.

Kredit: TikTok Fazlin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.