“Dah Tahu Salah Buat Pun Masih Dijual” – Netizen Bengang Peniaga Jual Roti John Rentung

10 Apr 2022 • 4:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Roti john rentung dijual pada pelanggan di bazar Ramadan

Waktu berbuka puasa akan masuk beberapa jam sahaja lagi. Mesti korang tak sabar nak berbuka dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Pastinya korang akan pergi ke bazar Ramadan untuk mencari juadah buat berbuka puasa nanti. Jaga-jaga, jangan sampai beli roti john yang hangus pula.

Roti john dah siap dibungkus di bazar

Semalam tular apabila seoang lelaki berkongsi satu ciapan di twitternya yang meminta agar semua orang lebih berhati-hati dalam berbelanja di bazar Ramadan, lebih-lebih lagi makanan yang telah pon siap dibungkus oleh peniaga.

Melalui ciapan itu, @thefaizzainal berkongsi gambar roti john yang dibeli seorang pelanggan kelihatan hangus rentung apabila dibuka. Mak datuk!

Netizen kongsi pengalaman sama

Perkongsian di twitter itu mendapat respon dari netizen lain yang turut berkongsi kejadian sama di bazar Ramadan di sekitar kawasan mereka.

image is not available

image is not available

Jujurlah dalam berniaga

image is not available

image is not available

Buat semua peniaga, jujurlah dalam berniaga dan janganlah memikirkan untung semata-mata. Apa yang dijual tu hendak dimakan oleh pelanggan. Kalau nak kekal lama, tingkatkan prestasi dalam berniaga.

Kepada pembaca Oh! Media pula, korang berhati-hatilah dalam membeli di bazar Ramadan dan yang paling penting, elakkan pembaziran ya.

Kredit: Twitter Faiz Zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media