Kluster Baharu Di Sabah Libatkan Institusi Pendidikan

23 Apr 2022 • 8:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Masidi Manjun - Gambar fail

KOTA KINABALU - Hampir dua bulan tidak merekodkan kluster, Sabah hari ini kembali mencatatkan kluster baharu iaitu Kluster Jalan Segama Lahad Datu melibatkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster institusi pendidikan melibatkan pelajar tingkatan empat itu disahkan positif COVID-19 pada 18 April lepas.

"Saringan kontak rapat mendapati 38 pelajar lagi telah dijangkiti, menjadikan jumlah yang positif seramai 39 orang dan mereka telah diasingkan untuk rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 negeri berkata berikutan kluster baharu itu, jumlah kes positif COVID-19 hari ini bertambah kepada 149 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 370,366 kes dengan satu kematian.

Selain itu jumlah daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu juga meningkat kepada 17 daerah hari ini berbanding lapan daerah semalam.

"Seramai 141 orang daripada 149 pesakit baharu hari ini adalah dalam kategori satu dan kategori dua, empat orang dalam kategori tiga, dua orang dalam kategori empat, dan seorang pesakit dalam kategori lima manakala satu lagi kes melibatkan kematian di Sandakan," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved