Kes baharu di Sabah kembali melonjak kepada tiga angka

23 Apr 2022 • 4:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jumlah jangkitan baharu di Sabah melonjak kepada 149 kes pada Jumaat, pertambahan 64 kes berbanding Khamis lalu, kata Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata pertambahan jumlah kes secara mendadak itu berpunca daripada dua faktor utama.

“Pertama, kluster baharu pendidikan yang diisytiharkan pada Jumaat dan melibatkan pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Sains di Lahad Datu dan setakat ini melibatkan 39 pelajar.

“Faktor kedua ialah jumlah daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu bertambah daripada lapan daerah kelmarin (Khamis) kepada 17 daerah hari ini (Jumaat). Cuma enam daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih rendah daripada sebelumnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Empat daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Lahad Datu 40 kes (+36), Sandakan 18 kes (+11), Kota Kinabalu 13 kes (-14) dan Penampang 10 kes (+7).

“Sebanyak 19 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 14 daerah merekodkan kes baharu kurang daripada 5 kes, manakala empat daerah lain iaitu Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya.

Satu kluster baharu diisytiharkan pada Khamis di Lahad Datu, melibatkan 39 pelajar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.