Keluar Makan Dengan Telekung Lepas Habis Tarawih, Gadis Seronok Kongsi ‘Vibes’ Bulan Ramadhan

3 Apr 2022 • 1:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bulan ramadhan yang kita tunggu-tunggu sudahpun tiba, pasti ramai yang berasa seronok untuk menjalani ibadah berpuasa dan mengerjakan solat tarawih.

Begitu juga yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nabila Othman yang berkongsi video memaparkan dirinya dan beberapa orang wanita yang masih bertelekung selepas pulang dari tarawih di sebuah restoran.

Menerusi video tersebut, difahamkan mereka yang baru selesai mengerjakan solat tarawih di masjid terus keluar untuk menjamu selera dengan bertelekung tanpa dipandang pelik oleh orang ramai.

image is not available

Satu-satunya bulan yang orang tak pandang pelik kalau kau pakau telekung bila keluar.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 615.7K tontonan, 155.1K tanda suka, 1.11K komen di laman TikTok.

@nabila.othmann

So cute, i miss wearing telekung outside??

? original sound – ?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa teruja dengan dengan situasi tersebut kerana hanya dapat dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.

Betul, semua santai bila aku pakai telekung pergi supermarket. – Netizen.

Family saya pergi mamak pakai telekung je tadi lepas terawih,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa? Ini Resepi Susu Kurma Mudah & Ringkas!