Datuk Lee Chong Wei Ucap Selamat Berpuasa, Kisah Pasal Kurma Jadi Perhatian Netizen

Entertainment
3 Apr 2022 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini adalah hari pertama untuk umat Islam menyambut bulan Ramadan. Sepanjang sebulan ini, kita akan berpuasa sebelum menyambut hari raya pada bulan hadapan.

Ramai dalam kalangan kenalan dan sahabat kita yang turut sama mendoakan agar kita diberi keberkatan dan kesenangan sepanjang menjalani bulan penuh berkat ini. Tak kurang juga ucapan selamat berpuasa dari sahabat kita yang berlainan agama.

Turut sama mengucapkan selamat berpuasa ialah legenda badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei. Menerusi hantaran di laman Instagram beliau, Datuk Chong Wei dan seisi keluarganya menyampaikan ucapan yang telah mendapat lebih 36 ribu likes setakat artikel ini ditulis.

Apa yang menarik perhatian netizen ada kisah kurma yang disampaikan oleh Datuk Lee Chong Wei dalam posting tu. Korang boleh baca posting @leechongweiofficial kat bawah ni.

 

Jarang tak lawak

Datuk Lee Chong Wei ni memang kuat gurau. Kalau ingat lagi beliau punya posting yang sebelum-sebelum ni mesti ada jenaka yang diselit sekali. Kali ni min rasa betul-betul terhibur dengan posting DLCW. Terbaik lah Datuk!

image is not availableItulah, siapa yang rajin boleh simpan koleksi lawak DLCW. Hampir setiap kali posting mesti ada cerita lawak. Memang sempoi betul cara cerita tu.

image is not availableKann.. min pun terbahak time baca DLCW tanya pretty or not tu. Lawak berkualiti dan tak try hard macam ni memang selalu lah dapat dari legend negara kita ni.

image is not availableSemua orang boleh relate dengan lawak DLCW ni sebab mungkin kita seluruh rakyat Malaysia pernah sama-sama sokong waktu beliau beraksi di pentas antarabangsa dulu. Dulu tengok TV, sekarang baca caption Instagram pun boleh rasa. Power!

image is not availableSelamat berpuasa juga untuk semua. Harap tak ada lah yang tersembur teh macam DLCW tengah hari ni ye.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.