Quartararo Dominan Di GP Portugal

24 Apr 2022 • 9:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Quartararo (tengah) menjulang trofi juara GP Portugal di atas podium. - Gambar AFP

PORTIMAO - Juara dunia bertahan MotoGP Fabio Quartararo mengenepikan masalah kepantasan awal musimnya dengan mendominasi GP Portugal hari ini.

Penunggang Yamaha itu melintasi garisan penamat di tempat pertama lima saat di hadapan Johann Zarco yang menunggang untuk Ducati-Pramac.

Zarco boleh mengucapkan terima kasih kepada Joan Mir dan Jack Miller yang terlibat dalam kemalangan untuk memberi podium kedua musim ini buat penunggang yang berasal dari Perancis itu.

Pemenang GP Argentina Aleix Espargaro yang menunggang jentera Aprilia melengkapkan podium. - AFP