Muka Hampir Sama, Aedy Ashraf Geli Hati Live Bersama ‘Kembar’

Entertainment
21 Apr 2022 • 12:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aedy Ashraf live bersama kembar

Tular di TikTok beberapa bulan yang lepas mengenai video seorang lelaki yang mirip dengan aktor meningkat naik, Aedy Ashraf.

Pemuda yang berasal daripada Sabah itu mula viral di TikTok selepas dia dikatakan mempunyai paras rupa yang hampir sama dengan pelakon, Aedy Ashraf dan perkara ini turut diakui peminat.

‘Live’ bersama di TikTok

Semalam, Aedy Ashraf menggunakan peluang yang ada untuk beramah mesra dan berbual bersama pemuda yang dikenali sebagai lalan itu menerusi ‘live’ di Instagram.

‘Live’ Instagram tersebut turut dikongsi pemuda berkenaan menerusi akaunnya, @_lalan21.

Perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian netizen selepas Aedy Ashraf bertindak mengenakan topi bagi memastikan mereka kelihatan benar-benar sama.

Rata-rata netizen geli hati melihat perkongsian tersebut dan memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok _lalan21

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media