“Apa yang kecoh sangat?” – Dituduh Tiru ‘Content’ Masak Khairul Aming, Instafamous Beri Penjelasan

Entertainment
8 Apr 2022 • 12:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bersempena dengan Ramadan ini, kita dapat lihat ramai content creators tak kiralah di Facebook ke, Instagram mahupun di TikTok, rajin memuat naik video-video perkongsian masakan untuk berbuka, sahur dan sebagainya.

Meskipun ramai yang teruja dengan video-video ini, namun seorang instafamous yang dikenali ramai, Aiman Salim ataupun lebih dikenali sebagai Abang Man berasa terkilan gara-gara dirinya dituduh meniru Khairul Aming.

 

“Kau nak cakap aku tiru dia sebab buat content masak?”

Menerusi perkongsiannya di Twitter, dia telah meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen menuduhnya meniru Khairul Aming gara-gara memuat naik video masakan di bulan puasa.

Merasa ‘koyak’ dengan tuduhan tersebut, Aiman menjelaskan bahawa memasak merupakan minatnya sejak dari kecil lagi dan content memasak yang dibuat bukanlah sebab dia nak meniru Khairul Aming.

Tambahnya lagi, ada juga yang mengatakan resepi masakan Aiman ‘entah apa-apa’ dan terlalu simple. Pun begitu, masakan tersebut sengaja dibuat begitu supaya lebih ramai yang boleh ikut. Aduh kesian bang man kena kecam tak pasal-pasal…

 

“Mana ada istilah tiru, baik ada 1000 khairulaming dari 1000 aisar khaled”

Perkongsian dari Aiman telah mendapat sokongan netizen yang mana rata-rata memuji usahanya membuat content memasak.

Malah ada juga di kalangan netizen meminta individu untuk berhenti mengecam content creator lain yang membuat content masakan kerana bukan Khairul Aming seorang saja yang boleh membuat content berkenaan.

image is not available

Apa-apapun bagi korang yang nak follow Bang Man punya masakan sepanjang bulan puasa ni, korang boleh je ke Instagram beliau. Nah ini antara resepi Ramadan yang dikongsikan Aiman. Air tembikai tu buat min terliur pulak!

Kalau content bagus kita sokong. Tak baik kecam-kecam ni tau.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.