“Hauk betul bang!” – [VIDEO] Mask Jovian Terputus Masa Live, Netizen Kata Tak Berkualiti?

Entertainment
11 Apr 2022 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Jovian Mandagie telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya akan melancarkan pelitup muka dengan ciri yang dapat mengurangkan jerawat di muka.

Pun begitu, video live dirinya bersama duta, Datuk Seri Siti Nurhaliza semasa mempromosikan pelitup muka Jovian Mask itu mendapat perhatian netizen dan telah tular di media sosial.

Ini kerana, jelas kelihatan tali pelitup muka itu tiba-tiba putus ketika Tokti ingin mencuba sebagai tutorial. Ramai yang beranggapan mask keluaran menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu tidak berkualiti.

“Terang2 ha putus. Tu belum sempat pakai lagi tu…” – Komen netizen

Bukan itu saja, di hujung video yang sama, sekali lagi tali terputus semasa Jovian cuba meregangkan pelitup muka sebelum diberikan kepada Tokti.

image is not available

“Bukan niat nak perkecilkan jenama lain”

Sebelum itu, Jovian telah memuat naik gambar pelitup muka tiruan di Instagram @jmandagie yang menggunakan jenama dan logo miliknya untuk menipu pengguna malah menggelarkan ianya sebagai ‘Pelitup Muka Hauk’.

“Saya rasa sesuai lah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia!” – Ujar Jovian

Tegasnya, posting tersebut bukanlah untuk membuatkan peniaga lain terguris hati malah katanya lagi isu SIRIM yang kecoh sebelum ini bukanlah permintaan sendiri dan pihak Jovian baru saja mohon cop SIRIM itu.

Hmm, mungkin masa tu memang agak kuat kot tarik, sebab tu putus… Ada ke antara korang yang pernah cuba Jovian Mask ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.