Aplikasi MAE Dan Maybank2U Menghadapi Masalah Untuk Diakses

TechnologyDigital
25 Apr 2022 • 10:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank kini mengeluarkan notis kepada para pengguna, mengatakan aplikasi MAE, M2U MY, serta web Maybank2U kini menghadapi sedikit masalah ketika diakses.

Sekiranya pengguna cuba mengakses kini, ia agak perlahan untuk dimuatkan berbanding kebiasaan.

Pihak Maybank mengatakan mereka sedang membaik-pulih dan mengatasi masalah ini secepat mungkin.