“Peguam Muslim kena pegang asas Islam kan?” – Izara Aishah Ulas Kes Bella

Entertainment
15 Apr 2022 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kini, sedang hangat diperbualkan mengenai kes penderaan kanak-kanak OKU yang dikenali sebagai Bella, baru-baru ini timbul isu baru membabitkan seorang peguam wanita berhubung sebuah kes penderaan tersebut dan ia mendapat perhatian ramai pihak termasuk golongan selebriti.

Salah seorang peguam berkongsi di laman Twitternya bagaimana dia membuat cross examination dengan saksi kelima untuk kes itu dan dia juga huraikan segala soalan dan membaca kandungan diari yang ditulis oleh saksi tersebut.

image is not available
Izara aishah

Thread itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dan kebanyakkan mereka agak kurang senang dengan kenyataan yang diberinya itu. Malah, peguam itu juga turut berkongsi gambar bersama anak guamnya seperti tiada sensitiviti kepada mangsa dera itu.

Turut memberi pendapat peribadi adalah pelakon ternama, Izara Aishah yang berkata seorang peguam, khususnya beragama Islam harus berpegang dengan prinsip undang-undang berasaskan agama suci yang dianuti.

“Saya rasa peguam Islam sepatutnya ada had dan berpegang pada asas Islam, kan? Anda tidak perlu bersetuju dengan individu yang melakukan jenayah semata-semata untuk membuktikan anda bijak,” katanya dalam Tweet tersebut.

Pelakon siri Vanilla Coklat itu juga turut memberi nasihat kepada setiap pengamal undang-undang untuk menjaga maruah sendiri agar tidak tercalar disebabkan sesebuah kes.

“Lindungi reputasi anda dan sekurang-kurangnya menjaga maruah,” tulisnya.

Setakat ini Tweet tersebut mencecah lebih 8K retweet dan lebih 13k likes.

Semoga kes ini mendapat keadilan yang sebaiknya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.