
Min tahu, korang mesti banyak beli baju raya online je kan? Senang, tak yah nak sesak-sesak berebut dengan orang dekat jalan TAR.
Bukan baju raya je nak kena beli ni bila raya kan? Macam-macam nak beli, lagi-lagi tahun ni dah boleh ziarah raya macam biasa, confirm nak pastikan rumah nampak elok kan?
Tapi, stress jugak kalau barang yang korang nak pakai tu urgent lepastu tak sampai sebelum raya macam yang korang harapkan sebab tak sedar deadline kurier. Yelah dorang pun nak beraya jugak, takkan nak hantar barang sampai malam raya kot kan?
So, dekat bawah ni korang boleh tengok tarikh akhir kalau penjual nak hantar bungkusan supaya dapat sampai ke destinasi sebelum hari raya. Take note gaissss
Poslaju Malaysia
Baru-baru ni, Poslaju Malaysia umumkan tarikh akhir pengeposan untuk memastikan bungkusan sampai sebelum raya.

DHL Malaysia
Untuk DHL pula, dorang akan tutup operasi bermula 2 Mei sehingga 4 Mei dan tarikh akhir pengeposan adalah 23 April bagi Sabah, Sarawak dan Labuan serta 27 April bagi Semenanjung Malaysia.

Ninja Van
Sementara itu, Ninja Van turut kongsikan tarikh akhir pengeposan melalui Facebook dan mengatakan sekiranya lambat, penghantaran akan ditahan bermula 1 Mei dan mula beroperasi seperti biasa pada 5 Mei 2022.
Dear Valued Shippers,To ensure your parcels get delivered before Hari Raya Aidilfitri, please send them out before…
Posted by Ninja Van Malaysia on Monday, April 18, 2022
City-Link Express
Manakala City-Link Express menasihatkan agar pelanggan tidak menghantar barangan mudah rosak bermula 27 April sehingga 30 April bagi mengelakkan sebarang kerosakan.
Pelanggan yang dihormati,Ini adalah notis makluman mengenai penghantaran sempena sambutan Hari Raya Aidilfirti yang…
Posted by City-Link Express on Monday, April 18, 2022
ABX Express
ABX Express di Facebook telah kongsikan cut-off date penghantaran barang bagi mendapatkan barang sebelum raya.
Dear ABX Express Valued Customers. To receive the parcel before Hari Raya Aidilfitri, kindly refer to the Hari Raya…
Posted by ABX Express on Tuesday, April 19, 2022
Ha, selain rancang perjalanan korang jangan lupa jugak untuk rancang pembelian dan pengeposan barang. Huhuhu
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] Badan TikTokers Terkenal Teruk Naik Ruam & Gatal, Rupanya Sebab ‘Diserang’ Rama-Rama?](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
