Spesifikasi Vivo X Note Akan Menggunakan Cip Snapdragon 8 Gen 1

TechnologyDigital
5 Apr 2022 • 9:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain Vivo X Fold, Vivo X Note juga dijangka akan dilancarkan pada acara yang berlangsung pada 11 Februari. Peranti ini akan mempunyai rekaan tubuh berkotak dan juga spesifikasi mercu. Kini rekaan penanda aras X Note telah tertiris mengesahkan ia menggunakan Snapdragon 8 Gen 1.

image is not available

Ini adalah berita baik bagi mereka yang ingin peranti berkuasa dari Vivo. Selain cip Snapdragon 8 Gen 1, peranti ini juga akan hadir dengan memori sebesar 12GB RAM, bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 80W, dan menggunakan Android 12. Untuk spesifikasi lebih lengkap kita perlu menanti ia dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi.