“Lo mati gue party” – Video Wanita Berjoget Di Sisi Suami Curang Terlantar Undang Perbalahan Netizen

Entertainment
24 Apr 2022 • 10:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang rajin skrol media sosial, mesti korang dah lali terjumpa macam-macam konten yang orang lain upload. Kadang tu, ada yang bermanfaat tapi ada juga yang mengarut dan tak patut dikongsikan kepada umum. Contohnya, seperti video individu menari di sebelah ahli keluarga yang sedang terlantar sakit.

image is not available

Baru-baru ini, viral di media sosial negara jiran, Indonesia, video yang memaparkan seorang wanita berjoget di samping suaminya yang sedang terlantar di katil hospital. Apa yang lagi daring, video terbabit disertakan sekali dengan kapsyen, ‘Lo Mati Gue Party’.

Dikongsikan semula di laman Instagram @lambedagosiip, wanita yang tak didedahkan identitinya itu dilihat menari di sisi seorang lelaki, difahamkan adalah suaminya yang sedang terbaring di atas katil hospital.

“Lebaran baju baru image is not available

Lebaran suami baru image is not available,” tulis wanita itu.

image is not available

Setelah disiasat, wanita terbabit bertindak memuat naik beberapa video dirinya menari di sisi suami sakit kerana dia baru dapat tahu pasangan yang sudah dinikahinya selama 13 tahun itu curang.

Meskipun berang kerana perkahwinan yang sudah dibina lebih sedekad musnah akibat orang ketiga, wanita terbabit menjelaskan dia masih tetap menjaga suaminya itu. Pun begitu, ia tak menghalang dia untuk memuat naik video menari di sisi suaminya ketika lelaki itu sedang tidur.

“Walau perasaan sangat marah, aku berusaha untuk menjalankan tugas sebagai isteri. Mana pacar mu, gak datang mahu bantu uruskan ke?” tulis wanita terbabit.

Ada yang menyokong, ada yang menegur sebab katanya buka aib

Video terbabit mendapat perhatian pengguna media sosial. Rata-ratanya memuji tindakan wanita terbabit yang maish lagi menjaga suaminya meskipun sudah mengetahui lelaki itu curang. Tak kurang juga, ada yang menegur sikap wanita terbabit kerana dikatakan membuka aib rumah tangga.

“Joget aja daripada nyakitin ati sendiri. Baik happy aja,” tulis seorang netizen.

“Baik sangat mbaknya masih uruskan. Kalau aku, liat muka aja sudah tak mahu,” tulis yang lain.

“Faham mbakk stress dan sedih bila ketahuan suami selingkuh. Tapi, gak pantas rasanya upload video kayak gini. Yakin Tuhan itu ada dan akan membalas,” kata pengguna lain pula.

Sumber: IG @lambegosiip

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.