Penganggur dipenjara lima tahun miliki parang potong daging tanpa kebenaran

26 Apr 2022 • 1:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Seorang penganggur dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki dua bilah parang pemotong daging di kawasan awam tanpa kebenaran, tahun lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Zamani Muhammad, 31, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2021.

Mohammad Zamani didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu dua bilah parang pemotong daging tanpa kebenaran sah di tepi jalan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Pasir Pantai di sini pada 7.10 malam, 13 Oktober tahun lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan ingin berjumpa dengan keluarganya.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved