Anggota polis maut motosikal dinaiki berlanggar dengan jip di Jenjarom

17 Apr 2022 • 5:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis jip di Jalan Kampong Sri Cheeding, Jenjarom, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata ketika kejadian pada 4.45 petang itu, Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31, yang bertugas di Balai Polis Bukit Puchong, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas pada 4 petang.

“Akibat perlanggaran itu, Muhamad Nazri dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Allahyarham yang telah berkhidmat selama sembilan tahun itu meninggalkan seorang isteri dan belum dikurniakan cahaya mata.

Abd Khalid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Cawangan Trafik dan ketika ini pemandu jip tersebut masih belum membuat laporan polis.

Beliau meminta saksi kemalangan tersebut untuk tampil memberikan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Langat Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mewakili seluruh warga kerja polis kontinjen Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved