Anggota Polis Maut Motosikal Berlanggar Jip

17 Apr 2022 • 8:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut ketika dalam perjalanan pulang selepas tamat bertugas di Jalan Kampong Sri Cheeding, Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kemalangan pada kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa, Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurutnya, mangsa maut apabila dikatakan terjatuh di permukaan jalan selepas motosikal ditunggangnya dipercayai berlanggar dengan sebuah jip.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Puchong dan baru selesai menjalankan tugas kereta peronda (MPV) kira-kira jam 4 petang dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Haji Koesnan, Kampung Sri Cheeding,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, pemandu jip terbabit tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu melulu atau membahayakan. - Getaran, 17 April 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved