Vivo X Note Turut Diperkenalkan Dengan Skrin 7-inci, Snapdragon 8 Gen 1, Kamera ZEISS

TechnologyDigital
11 Apr 2022 • 8:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain pengenalan telefon boleh-lipat, Vivo turut memperkenalkan satu lagi telefon mercu mereka dibawah keluarga Vivo X, iaitu Vivo X Note.

image is not available

Vivo X Note hadir dengan skrin bersaiz 7-inci AMOLED. Walaupun bersaiz besar, Vivo memperlihatkan ia selesa untuk dipegang menggunakan sebelah tangan. Panel skrin ini turut menyokong kadar segar semula mencapai 120Hz, selain paparan HDR10+ untuk membolehkan anda menikmati media dengan baik.

image is not available

Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Vivo turut menyertakan cip yang dibangunkan sendiri, iaitu Vivo V1 untuk pemprosesan imej.

image is not available

Dengan skrin bersaiz besar, ia juga berjaya memuatkan bateri berkapasiti 5000mAh dengannya, yang menawarkan sokongan pengecasan berwayar 80W, dan 50W secara nirwayar.

image is not available

Untuk rakaman gambar, Vivo X Note hadir dengan sensor utama 50-megapixel, selain turut dilengkapi sokonga sensor ultra-lebar 48-megapixel, disamping dua lagi sensor tambahan dan menyertakan penjenamaan Zeiss bersama dengannya.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya dilancarkan di China sahaja, dan mungkin kita akan melihat ia diperluaskan ke pasaran tempatan dalam bulan-bulan akan datang.