McDonald’s Malaysia rai sambutan Hari Polis Ke-215

8 Apr 2022 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia telah mendedikasikan sepanjang bulan Mac bagi menyantuni lebih daripada 17,000 anggota polis dari balai-balai polis berdekatan menerusi 320 buah restoran McDonald’s di seluruh negara sempena sambutan Hari Polis Ke-215.

Bagi menghargai jasa pasukan polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu dan ketika, kru McDonald’s hadir menyajikan hidangan McDonald’s di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Alor Setar, Kedah; Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuantan, Pahang; Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kota Kinabalu, Sabah.

image is not available

image is not available

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, anggota polis adalah antara barisan hadapan negara yang memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara pada setiap masa.

“Ini merupakan salah satu cara kami menghargai komitmen dan dedikasi mereka demi keamanan negara dan masyarakat, khususnya pada hari yang istimewa dan bermakna buat mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

image is not available

Inisiatif ini merupakan salah satu daripada Program Komuniti McDonald’s Malaysia & RMHC bagi menghargai dan menyumbang semula kepada anggota masyarakat di sekitar lokasi mereka beroperasi.

Setiap tahun, lebih daripada 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

image is not available

Sehingga kini, lebih daripada satu setengah juta pek makanan telah disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Sempena bulan Ramadan ini, McDonald’s bakal menyumbang jamuan moreh kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan restoran McDonald’s dan beberapa program lain.