“Nak balikkk” – Netizen Sedih Lihat Murid-murid Ketakutan, Van Sekolah Kemalangan Depan Angkasapuri

Entertainment
12 Apr 2022 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak sesi persekolahan bermula, tak dapat dinafikan jalan semakin sesak menyebabkan ibu bapa kerap menggunakan khidmat van atau bas untuk memudahkan urusan pergi dan balik anak-anak mereka dari sekolah.

Semalam (Isnin) telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan van sekolah di hadapan Angkasapuri, Bangsar semasa dalam perjalanan untuk menghantar murid-murid sekolah pulang ke rumah masing-masing.

“Pemandu belum sedarkan diri”

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 1:27 tengah hari itu dipercayai berpunca dari pemandu van sekolah tersebut yang mengalami serangan jantung yang mengakibatkan kenderaannya terbabas.

Akibat dari kemalangan itu, seorang murid lelaki mengalami kecederaan di kepala manakala murid-murid sekolah yang lain dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan. Kemalangan itu melibatkan lima mangsa termasuk pemandu van berkenaan.

image is not available

Difahamkan ketika ini, pemandu van yang juga merupakan warga emas itu telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut dan masih belum sedarkan diri sehingga kini.

“Trauma budak-budak tu, kesian…”

Perkongsian video yang turut dimuat naik oleh K! Online di akaun Instagram mereka itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata meluahkan rasa sedih apabila murid-murid sekolah yang terlibat meraung untuk segera pulang.

“Patah hati dok dengar banyak kali nak balik… Mulut memang kata okay, tapi diorang takut sebenarnya tu” – Komen netizen

image is not available

Ini kerana, difahamkan murid-murid yang terlibat adalah murid sekolah rendah yang berusia di antara 7 hingga 11 tahun. Mungkin akan ambil masa untuk okay balik tu… Yang penting ibu bapa kena mainkan peranan penting untuk tenangkan diorang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.