“Celah mana kami cover?” – Zahid Hamidi & Nurulhidayah Nafi Ada Kaitan Dengan Siti Bainun

18 Apr 2022 • 10:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap hari mesti ada je cerita baru mengenai kekejaman yang berlaku ke atas remaja OKU Bella selepas dia didakwa didera oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan gambar keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Siti Bainun yang kelihatan agak mesra.

image is not available

Disebabkan ini, ramai netizen telah membuat spekulasi mengatakan bahawa Siti Bainun telah dilindungi oleh Zahid kerana mempunyai pertalian keluarga.

“CELAH MANA kami sekeluarga COVER”

Ekoran ini, anak Zahid, Nurulhidayah telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa dia dan seluruh ahli keluarganya menentang keras penderaan ke atas Bella.

Cukup sy beritahu yang sy dan seluruh ahli keluarga MENENTANG KERAS kes yang melibatkan PENDERAAN ke atas Bella.

“Asal usul cerita yg mengaitkan kami dengan SB (Siti Bainun) pun sy tak pasti dari mana.”

Selain itu, Nurulhidayah turut muat naik video perbualan di antara dia dan bekas penghuni berhubung kes Bella bagi menunjukkan yang dia dan keluarganya tidak melindungi Siti Bainun.

“Mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar.”

Manakala menerusi Instagram, Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan Siti Bainun dan meminta agar orang ramai tak kaitkannya hanya kerana terdapat gambar dia bersama tertuduh.

Hanya dengan mengaitkan gambar saya dengan tertuduh juga tidak berasas, sebagai seorang pemimpin mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar.”

Selain itu, Zahid turut menegaskan yang beliau tidak akan melindungi sesiapa yang didakwa terlibat dengan jenayah dan turut mengharapkan keadilan ke atas Bella.

“Laju netizen korek”

Manakala baru-baru ini, pengacara Iesya Toh ttelah memuat naik gambar yang didakwa anak bongsu Zahid Hamidi bersama Siti Bainun seperti menunjukkan yang mereka bakal berkahwin tak lama lagi. Pun begitu, perkara ini turut dinafikan oleh Nurulhidayah di ruangan komen Instagramnya.

image is not available

image is not available

Apa-apa pun kita sama-samalah berdoa agar keadilan berpihak kepada Bella dan nasibnya nanti akan terbela. Aminnn

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.