“Dia masih trauma” – [VIDEO] Rina Harun Dikritik Lagi, Bawa Ramai Wartawan Jumpa Bella?

Entertainment
19 Apr 2022 • 9:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun telah dikritik kerana dikatakan lewat bertindak berkenaan kes remaja OKU bernama Bella yang terlibat dalam kes penderaan.

Hari ini, menteri itu sekali jadi mangsa kritikan netizen apabila lawatannya untuk melihat keadaan adik Bella semalam dikatakan telah berubah menjadi satu sesi ‘photo op’.

 

“Bella tu belum bersedia nak jumpa orang luar”

Menerusi satu video yang dikongsikan netizen di Twitter, kelihatan Rina dilihat telah melawat Bella yang berada di sebuah hospital.

Pun begitu, saat Bella dibawa ke hadapan wartawan yang mengetik kamera bersama flash di hadapannya, kanak-kanak sindrom down itu kelihatan agak tidak selesa dan dilihat memeluk tangan jururawat yang memegangnya.

 

“Berhentilah dengan ‘photo ops’ Rina Harun”

Video tersebut telah mendapat perhatian co-founder Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin yang meminta Rina berhenti melakukan sesi fotografi sedemikian yang seakan-akan mahu menunjukkan menteri itu membuat kerja.

Menurut FMT, Hartini juga berkata, menteri tersebut hanya terlibat dalam kes itu setelah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya meluahkan rasa prihatin mereka atas perbicaraan yang sedang berlangsung.

image is not available

Selain dari itu, netizen juga pada masa yang sama kesal dengan tindakan Rina membawa Bella berjumpa dengan ramai wartawan kerana bimbang akan keadaan Bella yang masih trauma dan tidak bersedia bertemu dengan ramai orang.

image is not available

Mungkin menteri kita ni berniat baik tapi tersilap langkah pula dalam bawa banyak wartawan tu. Apa-apapun kita doakanlah semoga Bella cepat sembuh dari trauma dan kesakitannya. Kuat semangat ya Bella!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.