Didakwa Hempas Telefon Peminat, Cristiano Ronaldo Mohon Maaf & Mahu Belanja Tiket Kepada Mangsa

Entertainment
10 Apr 2022 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memohon maaf selepas didakwa menghempas telefon seorang penyokong susulan kekalahan Manchester United kepada Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Selepas perlawanan taman, satu video muncul di media sosial yang mendakwa Ronaldo memecahkan telefon penyokong Everton dengan menghempaskanya ke lantai. Korang boleh tengok video @ESPNFC di bawah

Susulan kejadian itu, Ronaldo menerusi akaun Instagram miliknya, @cristiano memuat naik sekeping gambar untuk menjelaskan tindakannya dan menawarkan untuk menjadi tuan rumah kepada peminat terbabit di Old Trafford sebagai tanda permainan adil dan semangat kesukanan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.