84 Tahun Bekerja Di Syarikat Yang Sama, Lelaki Ini Digelar Pekerja Paling Setia Di Dunia

Entertainment
30 Apr 2022 • 10:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berapa lama korang boleh bertahan kerja di sesebuah syarikat? Ada orang boleh tahan sampai 10 tahun, dan ada pula yang terpaksa tukar tempat kerja walaupun baru je mula sebab persekitaran agak stres atau toksik.

Namun, bagi seorang lelaki yang berusia 100 tahun di Brusque, Brazil ini pula telah bekerja di syarikat tekstil yang sama iaitu Industrias Renauz S.A sejak berusia 15 tahun lagi, lapor Oddity Central.

Ketika awal kariernya, Walter Orthmann hanya memegang jawatan sebagai pembantu di bahagian penghantaran namun setelah beberapa tahun, dia kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi pembantu pentadbiran.

image is not available

Dia yang telah bekerja di syarikat yang sama selama 84 tahun dan sembilan hari itu akhirnya naik pangkat lagi sekali menjadi pengurus jualan.

Menurutnya, dia sentiasa berkerja dengan semangat juang dan kerelaan sendiri.

Anda kena minat bekerja sebab kalau tidak, anda tak akan boleh tahan melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan,” katanya setelah ditanya tentang tips berkerja selama lebih lapan dekad.

Sepanjang tempoh tersebut, Walter telah melawat hampir kesemua negara di seluruh dunia untuk lawatan perniagaan. Wah, best betul kalau dapat benefit macam ni kan.

Oleh itu, baru-baru ini, dia telah dinobatkan menjadi pekerja paling lama di syarikat yang sama oleh Guinness Book of Records pada Februari lalu.

image is not available

Walaupun pada 19 April lalu Walter telah menyambut hari lahirnya yang ke-100, namun buat masa ini, dia masih belum ada perancangan untuk bersara.

Dia punya lama kerja kat situ, nama syarikat tu pun dah tukar jadi RenauxView dan dia dapat melihat perubahan teknologi kerana dulu tak ada komputer dan telefon.

Semuanya kena guna mesin taip namun sekarang dia dah kena kerja guna komputer dan Wi-Fi.

Korang pulak dah berapa kali tukar tempat kerja?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.