Huawei Kembali Menawarkan Peranti 5G Dengan Mate50

TechnologyDigital
27 Apr 2022 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kami di Amanz sebelum ini pernah melaporkan mengenai Huawei bakal hadir dengan kerangka khas yang memberikan sokongan 5G pada peranti 4G. Gambaran mengenai reka bentuknya juga telah diperlihatkan dalam beberapa gambar yang tular. Meskipun masih tidak dapat dipastikan model manakah yang bakal menggunakannya. Namun, terdapat khabar angin baharu mengatakan bahawa ia bakal digunakan pada Huawei Mate 50.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Huawei Mate 50 dikatakan bakal tiba sekitar bulan Julai. Ia juga akan mempunyai perkakasan dalaman serba baharu. Di samping, kebolehan kamera lebih baik yang semestinya bakal memberi pengalaman fotografi cukup menarik. Pada dasarnya, ia tidak akan menyokong rangkaian 5G tetapi kerangka khusus dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengannya untuk kebolehan berkenaan.

image is not available

Buat masa ini, masih tidak jelas bagaimana kerangka berkenaan akan berfungsi, sama ada ia menggunakan kad sim secara langsung atau eSim. Namun, sekiranya Huawei benar-benar melancarkannya, jelas menunjukkan mereka bakal kembali menawarkan peranti 5G tetapi dengan penyelesaian tersendiri. Tidak ketinggalan, Motorola sebelum ini juga ada menawarkan Moto Mod 5G menerusi aksesori khas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved