
PENAMPANG: Haiwan terbiar tidak bertuan yang berkeliaran di jalan raya hingga membahayakan pengguna jalan menjadi isu yang remeh tetapi sukar diselesaikan. Tambunan, Penampang dan Kota Belud adalah antara daerah yang paling teruk berdepan dengan masalah ini.
Namun, Penampang mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah ini iaitu mewujudkan ‘Food Bank’ atau bank makanan. Caranya ialah tangkap haiwan berkeliaran ini dan tempatkan di satu kawasan luas, ternak, bibitkan dan jual kepada orang ramai.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Moyog, Joe Suleiman (gambar) berkata, ‘rizab ragut’ seluas 100 ekar di Kampung Tinduuzon, Sugud, di sini boleh menyelesaikan masalah kerbau dan lembu tidak bertuan yang berkeliaran di banyak kampung di daerah ini.

