Majlis Akad Nikah ‘Haru’, Tok Kadi Tanya Banyak Kali Sebab Nama Bapa Pasangan Pengantin Sama

Entertainment
6 Apr 2022 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu video yang dimuat naik di TikTok berjaya mendapat perhatian warganet apabila nama kepada bapa kedua-dua pasangan pengantin adalah sama.

Di dalam video tersebut, pengguna Tiktok yang dikenali sebagai soya.naraa yang juga merupakan pengantin perempuan menunjukkan kad pengenalan dia dan suaminya sebagai bukti kepada kejadian yang berlaku semasa resepsi perkahwinan itu.

Pengguna TikTok itu juga menyatakan bahawa tok kadi berdepan dengan saat yang mengelirukan sebelum menikahkan pasangan pengantin tersebut. Tok kadi juga dikatakan bertanya banyak soalan untuk memastikan pasangan pengantin bukannya adik beradik.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata pengguna beranggapan perkara tersebut sangat jarang berlaku.

image is not available

image is not available

Ada juga pengguna yang berseleroh tentang kejadian itu dengan ‘membahan’ nama bapa pasangan pengantin.

image is not available

image is not available 3 hari lalu

(VIDEO) “Cara Tak Betul Bro..” - Tiktokers Dikecam Netizen Kerana Campak Duit Untuk Sedekah Ramadan