Netizen Tak Boleh ‘Brain’ Motif Aisar Khaledd Buat ‘Content’ Hidup Bujang Tapi Tayang Duit

Entertainment
5 Apr 2022 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak content yang tiada sensitiviti menjadi perhatian netizen pada Ogos tahun lalu, nama selebriti media sosial Aisar Khaledd mendapat tumpuan warganet.

Terbaru, ada satu video TikTok yang dimuat naik pada 4 hari lepas sekali lagi menjadi tumpuan netizen di Twitter.

 

Kehidupan seorang anak bujang

Dalam video berdurasi 50 saat itu, kelihatan Aisar Khaledd mengeluh kelaparan, dia cuba buka peti sejuk di rumahnya sebelum mendapati ada sebiji telur.

Bagaimanapun peti sejuk itu dipenuhi dengan bungkusan duit, begitu juga ketika nak ambil kasut dan bancuh teh, konon katanya stok yang tertinggal hujung bulan dan sama juga, terdapat longgokan duit.

Video TikTok yang telah meraih lebih daripada 650K jumlah tontonan ini telah merebak ke Twitter sehingga raih 2,000 jumlah retweets dalam masa 16 jam.

Rata-rata netizen tak faham motif dia melakukan perkara sedemikian dan mesej yang dia cuba nak sampaikan.

 

Dah tu apa conclusion dia? – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Jika diperhatikan di profil TikTok miliknya, ada satu video menunjukkan wang itu seperti nak bagi giveaway kepada pengikutnya jika ada masuk live dia.

Malah, ada juga satu video memperlihatkan dirinya yang menasihati orang ramai untuk rajin bersedekah di bulan Ramadan ini sebelum tunjuk rakaman dia ambil salah satu bungkusan duit RM1 tu.

@aisarkhaledd

selamat berpuasa semua banyakkan sedekah tau . #ramadhan

♬ original sound – aisar_khaledd – aisar_khaledd

Hurmm, ala husnuzon je la, mungkin dia ni nak tukar duit raya awal-awal kot.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.