
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 26 tahun yang mengugut untuk mencederakan ibunya dengan pisau, dipenjara enam bulan dan didenda RM2,000 atau penjara empat bulan.
Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu kepada Chua Chi Kiang yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Selasa.
Chua telah mengugut untuk mencederakan ibunya yang berusia 57 tahun dengan pisau pada pukul 9.30 malam 20 April tahun ini di sebuah rumah di Kg Hungab di Jalan Boon Kondudungan Ganang, Penampang.
Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Chua menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 21 Apr tahun ini.
Mahkamah diberitahu bahawa Chua telah mengugut ibunya dengan pisau dan menyebabkan dia ketakutan.
Oleh sebab bimbangkan keselamatannya, ibu tertuduh kemudian melarikan diri ke rumah jirannya dan kemudian membuat laporan polis terhadap Chua. – CDB
Sementara itu, seorang lelaki berusia 37 tahun didenda dan turut diperintah menjalankan khidmat masyarakat kerana melakukan khianat terhadap harta benda milik dua lelaki.
Christopher Roger Conrad mengaku bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pertama, Christopher didenda RM5,000 atau penjara lapan bulan kerana melakukan khianat dengan menumbuk pintu kereta milik Keflley Anthony pada pukul 10.30 malam 20 April di Kg Ramayah Tadau, Penampang.
Bagi pertuduhan kedua, dia diperintahkan melakukan khidmat masyarakat selama tiga bulan atau penjara 12 bulan kerana menendang pintu rumah milik [email protected] Peter pada pukul 10.55 malam 20 April tahun ini di tempat sama.
Mahkamah memerintahkan Christopher melakukan khidmat masyarakat empat jam sehari.
Mahkamah mendengar bahawa semasa kejadian, Christopher berada dalam keadaan mabuk dan melakukan khianat terhadap harta benda itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


