Leclerc Juara GP Australia

10 Apr 2022 • 5:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Leclerc menjulang trofi juara GP Australia di atas podium. - Gambar AFP

MELBOURNE - Pemandu Ferrari Charles Leclerc memberikan persembahan sempurna untuk menamatkan GP Australia sebagai pemenang selepas mendahului daripada mula hingga akhir perlumbaan hari ini.

Pendahulu kejuaraan dunia Formula Satu yang berasal dari Monaco itu, bermula daripada petak utama dan mengekalkan posisi itu selama 58 pusingan di litar Albert Park.

Pelumba Red Bull Sergio Perez berada di kedudukan kedua di hadapan pemandu Mercedes George Russell, juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton di tangga keempat.

“Ini perlumbaan yang hebat, jentera saya beri prestasi yang mengagumkan. Saya beraksi dengan baik di hujung minggu ini, tetapi ia mustahil tanpa jentera hebat ini.

“Sukar untuk saya memikirkan tentang kejuaraan dunia kerana musim ini baharu melalui tiga pusingan, tetapi kami mempunyai jentera yang kuat dan stabil.

“Berada kembali di posisi ini berasa baik sekali,” kata Leclerc. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved