“Level konsert CT harganya” – Tiket Konsert Aina Abdul Dikritik Mahal, Tapi Hampir ‘Sold Out’?

Entertainment
26 Apr 2022 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Akhirnya, penyanyi yang bersuara lunak, Aina Abdul bakal mengadakan konsert ‘A Night With Aina Abdul 2.0’ yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun depan.

Tiket konsert berkenaan dengarnya sudah pun mulai dijual dan konsert ini diadakan berikutan sambutan hangat terhadap konsert terdahulunya yang diadakan di Menara Ken TTDI, Petaling Jaya tahun lepas.

image is not available

 

“Konsert Aina Abdul wayyy so mahal rather than kpop concert”

Walau bagaimanapun, terdapat cakap-cakap kurang enak di kalangan netizen sejak dari semalam berkenaan konsert tersebut apabila ada di kalangan peminat mula merungut akan harga tiket yang dikatakan agak mahal.

Jika diteliti di laman web Ticket2U, range harga tiket konsert itu berdasarkan seat adalah di antara RM113.36 hinggalah ke RM1,246.96. Fuh boleh tahan!

image is not available

Rata-rata peminat di Twitter meluahkan bahawa mereka tidak mampu membeli tiket dengan harga yang sangat mahal dan ada juga siap bandingkan harga tiket tersebut dengan konsert Siti Nurhaliza, artis Kpop, Justin Bieber dan sebagainya.

image is not available

 

Tiket online rupa-rupanya hampir ‘sold out’?

Pun begitu, menerusi hasil tinjauan admin sendiri di portal Ticket2U, ketika artikel ini ditulis, tiket bagi Sumpah Gold Seat yang bernilai RM1,246.96 bertarikh 25 Jun rupanya sudah sold out! Seat bagi tiket ini adalah yang paling mahal berbanding tiket bagi seat lain tau.

image is not available

Malah Reminiscing Blue Zone yang bernilai RM113.36 bagi kedua-dua tarikh konsert diadakan juga telah sold out sama sekali.

Jika ditinjau kedudukan seat secara keseluruhan, tidak banyak juga yang available dan hanya tinggal beberapa seat saja lagi.

Perkara ini juga telah mendapat perhatian netizen yang menyokong Aina Abdul dengan mengatakan harga tiket yang mahal bukanlah isu besar, tambahan pula Aina katanya tidak mendapat sebarang sponsor besar terhadap konsert tersebut.

Jika Aina menampilkan barisan musician yang hebat dan skill nyanyian yang memukau di konsert berkenaan, maka harga tiket itu sangat berbaloi bagi peminat yang menghargainya.

image is not available

Apa-apapun admin nak ucapkan congrats buat Aina kerana bakal mengadakan konsert dan tiket pun hampir sold out dah. Bagi korang yang nak beli tiket yang berbaki tu boleh je ke laman Ticket2U di sini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.