“Hamster introvert rupanya…” – [VIDEO] Vet Ini Jelaskan Mengapa Hamster Tidak Boleh Berkongsi Sangkar

Entertainment
25 Apr 2022 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai di antara kita yang membela hamster ketika kecil kan? Ia merupakan haiwan peliharaan yang murah dan senang didapati, hampir semua kedai haiwan peliharaan ada menjualnya.

Kalau pengalaman sendiri, min bela dalam 3 bulan tu je, lepastu mati.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa pendek sangat jangka hayat seekor hamster ini kan? Merujuk pada sumber, difahamkan hamster sebenarnya mempunyai jangka hayat yang agak lama iaitu dalam 2-3 tahun.

Mungkin selama ini, jika kita ingin membeli hamster sebagai haiwan peliharaan, penjual hamster tersebut selalu sarankan kita membeli sekurang-kurangnya dua ekor hamster agar ia tidak ‘sunyi’.

Ternyata perkara itu salah sama sekali!

@klinikhaiwandrain

Hamster awareness part 2! Hamster bukan haiwan yang perlukan kawan! Amalkan one cage one hamster! #malaysiatiktok #fypシ゚viral #fypシ #hamsterawareness #hamstersoftiktok #fypsounds #onecageonehamster

♬ Miami, My Amy – Keith Whitley

Perkongsian daripada Klinik Haiwan Dr. Ain dalam laman TikTok memberitahu hamster sebenarnya merupakan haiwan jenis solitary, iaitu haiwan yang tidak boleh hidup dengan yang lain dalam spesiesnya.

Ia juga bermaksud hamster merasakan lebih banyak kelebihan mempunyai ‘wilayah’ mereka sendiri daripada berkongsi kawasan itu dengan haiwan lain dan ini menyebabkan mereka akan bergaduh sehingga boleh menyebabkan kematian.

image is not available
Gambar hiasan

Selain itu, video tersebut juga memberitahu hamster akan menunjukkan tanda-tanda stress dengan menggigit sangkar mereka jika mereka tidak diberi ruang dan sangkar yang besar. Malah, klinik haiwan itu juga menyarankan untuk membela seekor hamster dalam satu sangkar sahaja.

Difahamkan, hamster tidak boleh dibiakkan sesuka hati dan hanya boleh dibiakkan oleh pakar, video tersebut juga bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap haiwan comel tersebut.

Rasa nak bela hamster balik lah!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.