“Bila order? Cepat dapat?” – Hadiah Kereta Bezza Oleh UEL Dekat Warga OKU Dipertikai

Entertainment
4 Apr 2022 • 11:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

27 Mac lepas, satu video yang telah meruntun hati netizen apabila ada penunggang motosikal roda 3 membawa seorang makcik OKU dan gunakan beg sebagai penghadang daripada mukanya terkena cahaya matahari.

Menurut mStar Online, video tersebut telah meraih jutaan tontonan dalam masa tak sampai 24 jam ia dikongsikan di TikTok dan menurut perakam, kejadian ini berlaku di Terengganu.

 

Ramai netizen berpakat nak hulur bantuan

Tersentuh melihatnya, ada beberapa netizen memohon agar jika ada mana-mana pihak yang mengenali insan untuk kongsikan maklumat kepada mereka untuk menghulurkan bantuan.

Disamping itu, mereka turut mendoakan bahawa wanita yang memberikan teduhan kepada warga emas OKU tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat cium bau syurga.

 

Dapat perhatian Ustaz Ebit Liew, hadiahkan kereta Bezza

Nak dipendekkan cerita, berita mengenai mereka ini telahpun sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Liew, terkenal dengan sikap permurahnya dalam menghulurkan bantuan kepada orang susah, UEL dengan pantasnya ke Terengganu semalam untuk bersua dengan mereka.

Menerusi Facebook, UEL menjelaskan bahawa wanita yang buat penghadang beg itu adalah anak buah dan warga emas itu merupakan makciknya. Wanita tersebut meniaga ais krim potong dan dia tidak suka bergantung kepada sesiapa.

Wanita itu juga ada kongsikan kepada UEL bahawa sebelum ini, dia ada sambung belajar master, tetapi berhenti kerana faktor kewangan dan ingin menjaga makciknya.

Oleh itu, bantuan yang diberikan UEL merupakan sebuah kereta Perodua Bezza dan ia dibeli secara tunai.

Sebak syukur rasa. 1 Ramadhan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang viral kebaikannya menjaga…

Posted by Ebit Lew on Sunday, April 3, 2022

Disaat orang lain tak putus-putus mendoakan UEL dan keluarga ini, wujud pula satu pertikaian lain mengenai hal kereta tersebut kerana ia didapati dengan mudah dan cepat.

 

Bila order? Cepat je dapatnya – Netizen

Difahamkan, kini ramai yang mengatakan bahawa tempahan kereta akan mengambil masa berbulan lamanya untuk dapat kereta mereka, terutamanya model ini. Jadi, ia menjadi persoalan netizen bagaimana UEL boleh dapat kereta tersebut dengan mudah.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang berpihak kepada UEL dengan kongsikan pengalaman mereka dalam membeli kereta ini dengan mudah.

Ada yang kata sebab mungkin stok kereta ada sebab pembeli tak lepad loan, dan ada juga kata jangan terlalu memilih stok warna.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.