
SEMPORNA: Mayat dua mangsa hilang dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Tandoan, Timbun Mata pada Khamis lepas, ditemui terapung berhampiran Pulau Timbun Mata pada Sabtu.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat terbabit sekitar jam 7.50 pagi. Dua mayat itu dikenalpasti sebagai Noranis Harimalam, 14, dan Aiman, enam tahun.
