“Bulan Mulia, Baik Fokus Ibadah” – Tular Isu ‘Self-Reward’, Influencer Enggan Panjangkan Cerita

4 Apr 2022 • 5:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Heboh di media sosial sejak semalam mengenai pempengaruh Tasnim Shah pergi bercuti ke Dubai sebagai self-reward mendapat keputusan yang cemerlang.

Apa yang membuatkan netizen berasa berang bukannya kerana dirinya pergi bercuti, tetapi merasakan Tasnim mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain yang ingin meneruskan pelajaran mereka di universiti awam Malaysia.

Difahamkan, netizen telah membandingkan tiket penerbangan kelas pertama yang dinaiki olehnya dengan subsidi pendidikan di universiti awam berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tasnim Shah (@tasnimshah_)

Pihak Gempak telah menghubungi pempengaruh itu untuk mendapatkan penjelasan, namun dia enggan memanjangkan isu yang sudah kecoh ini.

Menurutnya, dia hanya mahu fokus melakukan ibadah sempena menyambut bulan Ramadan ini.

Nasihat saya kepada netizen, marilah kita sama-sama fokus pada hal-hal kebaikan pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Sekadar info, perkongsian Tasnim yang memaparkan kemewahannya di Instagram itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi dari warganet hingga ada yang membongkarkan harga tiket penerbangan berkenaan.

image is not available 1 hari lalu

Influencer ‘Self- Reward’ Ke Dubai, Netizen Kecam Anggap Rampas Hak Pelajar Susah Ke IPTA