Bercuti Ke Dubai Untuk ‘Self Reward’, Netizen Tuduh Influencer Ambil Tempat Pelajar Susah di IPTA?

Entertainment
4 Apr 2022 • 9:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi korang yang dah struggle dalam belajar, tak kisah lah untuk SPM ke, diploma ataupun degree, boleh dikatakan ‘self reward’ adalah cara terbaik untuk memuaskan hati sendiri lepas segala susah payah yang dihadapi.

Baru-baru ini kecoh di Twitter tentang perkongsian seorang influencer yang telah pergi bercuti ke Dubai sebagai tanda ‘self reward’ buat dirinya yang telah tamat pengajian dengan keputusan yang cemerlang.

image is not available

 

Difahamkan influencer wanita ini merupakan pelajar jurusan perundangan dari sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terkenal di Malaysia.

“Takde U lain ke?”

Ekoran dari perkongsian tersebut, wanita ini telah menerima kecaman dari warganet yang rata-rata mengatakan bahawa dirinya telah merampas peluang pelajar yang lebih layak untuk memasuki IPTA berkenaan.

Ini kerana dia bukan saja menunjukkan tiket penerbangan malah pakej flight yang dikongsikan juga kelihatan mewah. Ada juga yang buat ulasan tentang anggaran belanja untuk influencer tersebut…

image is not available

Bukan itu saja, ramai juga yang menegaskan bahawa IPTA tersebut merupakan institusi yang dikhususkan bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

“Education is for all. But subsidised education should be for the poor. Tujuan dia sepatutnya utk mengangkat orang miskin, bukan untuk jimat duit orang kaya supaya diorang boleh pergi bercuti” – Ulas netizen

image is not available

Namun menurut penjelasan yang dibuat oleh influencer tersebut, dia mengatakan bahawa dirinya bukanlah datang dari keluarga yang senang malah segala perbelanjaannya ke Dubai itu merupakan wang simpanan hasil dari kerja modeling yang dibuat selama 6 hingga 7 tahun.

Haa, kan dia memang dah lama saving tu… Takpe, kita cuba bersangka baik je okay? Hehehe…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.