[VIDEO] Lelaki Panik Gara-Gara Mercun Jiran ‘Singgah’ Tepat Pada Tubuhnya

Entertainment
18 Apr 2022 • 2:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sedar tak sedar kita dah berpuasa selama 16 hari dan waktu sekarang ni mesti ramai yang mula nak beli dan main mercun kat rumah. Bagi kanak-kanak pula, yang jadi pilihan semestinya bunga api sebab ia lebih selamat dan kurang risiko untuk cedera.

Bagi yang main mercun, selalunya tempat yang lapang serta takde orang adalah lebih sesuai berbanding main dekat kawasan rumah. Baru-baru ni, viral di TikTok satu video tentang mercun ‘sesat’.

image is not available

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas sekumpulan keluarga tengah menghabiskan masa dekat halaman rumah. Tanpa disangka-sangka, tiba-tiba ada mercun yang entah dari mana singgah tepat dekat salah seorang lelaki. Bukan setakat itu sahaja, mercun ‘sesat’ tersebut sempat meletup pada lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut terus panik dan cepat-cepat cuba mengelakkan diri dan nasib baik dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Uish kesian orang tu!

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen ada yang risau dan ada juga yang menasihati jiran-jiran supaya peka dengan keadaan sekeliling. Selain itu, ada yang anggap macam ada ‘perang kecil’ berlaku. Macam-macam hal lah netizen ni!

“Uish, jiran tu buat hal betullah” – Komen netizen

“Kalau boleh janganlah main mercun dekat kawasan perumahan. Boleh bahayakan orang terutama budak-budak” – Komen netizen

image is not available

Lepasni jiran-jiran kena la ada common sense sikit dan jangan main mercun sampai boleh cederakan orang ya!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.