Psycho! Wanita Serang Suami Isteri Dengan Pedang Samurai Sebab Enggan Buat Hubungan Intim

Entertainment
8 Apr 2022 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Aneh-aneh sikap manusia sekarang!

Seorang wanita Thailand bertindak menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka dengan bersenjatakan pedang samurai kerana dikatakan enggan melakukan hubungan intim dengannya.

Menerusi Kosmo! Pasangan itu menyatakan bahawa mereka telah diugut banyak kali sampaikan terpaksa larikan diri dari Bangkok, tapi wanita itu tetap mengekori mereka.

 

Bengang kena tolak ajak buat hubungan intim

Kejadian itu dirakam dan viral di media sosial, ia memperlihatkan seorang wanita berpakaian berwarna biru gelap bertengkar dan cuba menikam pasangan itu.

image is not available

Menerusi sumber, lelaki yang dikenali sebagai Air, 38 itu memberitahu bahawa wanita (penyerang) yang dikenali sebagai Aum, 40 itu kawannya, mereka dah berkawan selama setahun. Bahkan perkenalan mereka itu bermula ketika masing-masing sudah mempunyai pasangan.

image is not available

Walaubagaimanpun, Air berkata, Aum selalu memintanya untuk melakukan hubungan intim, namun ditolak, pasangan ini larikan diri dari Bangkok ke wilayah Phetchabun kerana tak tahan dengan sikap aneh Aum.

Kata mereka lagi, Aum pernah ke rumah isterinya di Nonthaburi dan ugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.