Kenapa ramai pengguna yang menyesal tebus ePemula di Grab?

11 Apr 2022 • 2:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Program permohonan ePemula RM150 telahpun berjalan. Melalui inisiatif ini, pengguna akan menerima kredit eDompet bernilai RM150 ke dalam salah satu daripada empat penyedia yang telah dilantik iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan TnG eWallet.

image is not available

Tidaklah diketahui sama ada Grab tidak memahami arahan ataupun terlepas maklumat sewaktu sesi penerangan. Ramai yang mula mengadu di akaun Facebook Grab tentang ketakpuasan hati.

Apa yang pengguna tak puas hati?

Rata-rata di bebenang ePemula Grab, pengguna berang dengan cara implementasi ePemula oleh GrabPay. Menurut beberapa komen pengguna, mereka menerima baucar berbanding kredit yang boleh digunakan untuk membayar pembelian di kedai-kedai fizikal.

image is not available

Ada yang mengetengahkan yag arahan kerajaan adalah rakyat menerima RM150 dalam bentuk kredit dan penyedia platform eDompet menambah insentif lain dalam bentuk baucar, bukannya menukar kredit menjadi baucar.

Saya masih menunggu dalam kalangan pengguna itu untuk berkongsikan tangkap layer tentang isu dimaksudkan. Kami akan mengemas kini artikel ini sejurus ada. Dalam pada maas yang sama, kami sedang menghubungi Grab untuk penjelasan.

Dakwaan pengguna ada benarnya

Walaupun sewaktu artikel ini ditulis, kami masih mendapatkan penjelasan daripada Grab, saya rasakan dakwaan pengguna ada benarnya. Kalau anda perhatikan betul-betul materi pengiklanan ePemula Grab, anda pasti akan tersedar.

Lihat saja frasa "Get RM360 worth of vouchers" yang digunakan. Daripada itupun anda boleh kaitkan dengan isu baucar ini. Sepatutnya, baucar yang diterima adalah bernilai RM210 dan RM150 adalah kredit eDompet.

image is not available

Bila anda skrol kebawah, anda akan nampak "In-store payment vouchers by Pemula". Ia lagi mengukuh yang transaksi yang bakal anda lakukan adalah dengan baucar, dan bukannya kredit.

image is not available

Tiga eDompet ePemula lain seperti tidak mempunyai isu. Mereka dengan jelasnya membezakan kredit ePemula dengan baucar tambahan yang mereka tawarkan.

image is not available

Bacaan berkaitan