BigPay menyokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer, hantar dan terima wang sekelip mata

Technology
11 Apr 2022 • 12:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

BigPay, penyedia perkhidmatan kewangan digital di bawah Capital A (dahulunya AirAsia Group), kini mengumumkan sokongan terhadap perkhidmatan DuitNow. Ia berjaya direalisasikan selepas setahun diumumkan.

Dengan menyokong DuitNow, pengguna BigPay kini boleh membuat bayaran atau menerima pembayaran menggunakan DuitNow QR. Selain itu, penghantaran wang kepada bank atau perkhidmatan eWallet lain boleh dibuat segera menerusi fungsi DuitNow Transfer.

image is not available

Bayar DuitNow QR dengan aplikasi BigPay

Untuk mula membuat bayaran dengan mengimbas kod DuitNow QR, pengguna BigPay perlu memastikan mereka telah memuat turun versi terkini aplikasi BigPay. Di muka utama, akan kelihatan ikod kod QR di sudut atas kanan yang akan membuka pengimbas kod QR.

Cara penggunaannya sangat mudah, tekan ikon QR di aplikasi BigPay dan imbas kod DuitNow QR. Seterusnya masukkan jumlah yang ingin dibayar dan tekan butang ‘confirm’.

image is not available

Selain membuat bayaran, anda juga boleh menghasilkan kod DuitNow QR untuk menerima dana. Kod daripada BigPay ini berjaya kami gunakan dengan pengimbas kod QR aplikasi perbankan seperti Maybank2u dan CIMB Clicks. Tetapi aplikasi eWallet seperti Touch n Go eWallet, GrabPay dan Boost masih tidak dapat mengesan kod DuitNow QR oleh BigPay ini. Mungkin ia masih dalam proses naik taraf.

Menghantar dana dari BigPay ke bank lain

Dengan sokongaon DuitNow juga, pengguna BigPay juga boleh menghantar dana ke bank lain menerusi DuitNow Transfer. Ia lebih mudah jika dibandingkan dengan fungsi ‘Local Bank Transfer’ yang sedia ada di BigPay.

image is not available

Di DuitNow Transfer, pengguna BigPay boleh memilih untuk menghantar dana dengan memasukkan nombor akaun bank, ataupun dengan ID DuitNow sama ada nombor kad pengenalan, nombor pasport atau nombor telefon. Penghantaran dana ini adalah percuma dan dihantar segera masa nyata.

Menurut ruangan soalan lazim FAQ, ada had penghantaran dana menerusi DuitNow di BigPay. Untuk bayaran DuitNow QR kepada peniaga, hadnya ialah RM10,000 sehari. Bagi penghantaran dana DuitNow QR P2P atau DuitNow Transfer (ke bank lain atau ID DuitNow), had gabungan harian adalah RM30,000. Buat masa ini, eWallet BigPay ada had simpanan sebanyak RM20,000.

Menerima Dana dari bank atau eWallet lain ke BigPay

Penggunaan DuitNow kini membolehkan pengguna BigPay menerima dana daripada bank atau eWallet lain. Jika anda membuka ‘Settings’ Bigpay dan melihat di bawah ‘Profile’, akan tertera nombor akaun DuitNow BigPay anda. Tetapi anda boleh mengubah ID DuitNow ini kepada nombor telefon anda, supaya mudah untuk orang lain menghantar dana.

image is not available

Jika anda telah menetapkan ID DuitNow kepada bank atau eWallet lain, anda boleh menukarnya kepada BigPay dengan menekan butang DuitNow di bawah ‘Profile’ dan pilih ‘Switch to BigPay’ seeprti yang tertera di atas.

Dengan sokongan terhadap DuitNow, BigPay kini selangkah makin dekat menjadi bank digital. BigPay telah menyediakan perkhidmatan kewangan seperti kad prabayar fizikal dan penghantaran wang ke luar negara. Bulan lepas, BigPay mengumumkan bahawa mereka akan memperkenal produk pinjaman peribadi tidak lama lagi.

Selain itu, BigPay juga telah terpilih sebagai salah satu platform untuk belia menebus RM150 kredit ePemula bermula 11 April.

Bacaan Berkaitan