
KINABATANGAN: Seorang wanita maut apabila Perodua Kenari yang dipandunya bertembung dengan Toyota Fortuner milik Kementerian Kesihatan di Jalan Labuk, Kampung Perpaduan di sini, Selasa lepas.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah bin Jamaluddin, mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang melalui MERS999.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, wanita dikenali sebagai Nurul Izzah Fatinah, 31, tersepit di dalam keretanya dan dikeluarkan anggota penyelamat.
“Bagaimanapun, wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Pemandu Toyota Fortuner itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kinabatangan,” katanya ketika dihubungi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
