Gara-gara Kejut Berbuka, Wanita Trauma Dicekik & Diacu Objek Tajam Oleh Suami

Entertainment
7 Apr 2022 • 10:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya apabila tiba bulan Ramadan, waktu berbuka merupakan antara waktu yang paling ditunggu-tunggu kerana ketika itulah seisi keluarga akan duduk di meja makan untuk menikmati juadah bersama-sama.

Pun begitu, ianya menjadi satu pengalaman perit untuk seorang wanita yang dikenali sebagai Yusfairuz ini selepas perkongsiannya di akaun TikTok @yusfaizruz87, mendapat perhatian netizen.

Menurut mStar, video tersebut dirakam pada hari pertama Ramadan dan ibu kepada lima anak ini pada ketika itu mengejut suaminya untuk bangun kerana hampir tiba waktu berbuka namun suaminya tiba-tiba mengamuk.

“Leher kena acu kerambit”

Bukan saja mengamuk gara-gara kejut untuk berbuka, suaminya itu juga bertindak dengan mencekik lehernya selain dari mengacu objek tajam dan membuat sepah barang-barang di dalam rumah.

Kejadian menggerunkan itu juga turut dikongsikan di akaun TikTok miliknya. Korang boleh tengok kat bawah ni…

Difahamkan ketika ini, anak-anaknya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Malah Yusfairuz juga telah buat laporan polis ekoran insiden tersebut selain berharap agar suaminya berubah menjadi yang lebih baik.

“Bukan nak buka aib… Sekadar kongsi pengalaman pahit awal Ramadan” – Ujar Yuzfairuz

Dari perkongsian itu, ramai netizen yang meminta agar dirinya lebih berhati-hati dan tak kurang juga yang mendoakan agar Yusfairuz tabah dalam menghadapi ujian lagi-lagi ketika bulan puasa.

image is not available

Min doakan supaya segala urusan awak dimudahkan ya… Mungkin dia cuba yang terbaik untuk perbaiki balik hubungan dengan suami. Kita sama-sama doakan yang terbaik ya?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.