“Teruk sangat dah ni” – YouTuber Isa Isarb Dihentam Ambil Tajaan & ‘Promote’ Syarikat Judi

Entertainment
27 Apr 2022 • 1:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama YouTuber terkenal Isa Isarb sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila satu video di saluran YouTube miliknya telah dikritik kerana mempromosikan syarikat judi.

Dalam video tersebut, Isa Isarb ada buat satu contest untuk menghadiahkan wang lumayan kepada individu bertuah dimana dia mengadakan pertandingan badminton di sebuah padang. Dilihat orang ramai berkerumun masuk untuk menyertai pertandingan tersebut.

Jadi dalam video itu, Isa Isarb ada menjelaskan bahawa video itu adalah tajaan daripada syarikat tersebut.

 

Bukan iklan, tapi disebut sebagai tajaan

Disebabkan itu, tercetus satu isu apabila ada seorang pengguna Twitter Uzair Yusof memaklumkan hal ini dan membuat teguran secara terbuka di platform media sosial tersebut.

Ini kerana ia bukan iklan di video yang muncul, tetapi ini adalah satu video tajaan dan nama syarikat perjudian itu ada disebutkan. Dalam penjelasan Uzair, dia ada kepilkan gambar hasil pencarian Google mengenai pengenalan syarikat tersebut.

Disamping itu, dalam thread yang telah meraih lebih daripada 5,200 jumlah retweets sejak semalam ia dimuatnaik, Uzair turut menyelitkan satu dalil mengenai perkara yang dikaitkan dengan aktiviti perjudian.

“Judi haram, apatah lagi promosi. Kemon benda basic kot.”

Dalam pada itu, ramai netizen yang bersetuju dan turut mengkrtitik tindakannya itu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

 

Difahamkan video ini merupakan satu kesinambungan mengenai kes yang pernah viral baru-baru ini di mana ia melibatkan seorang wanita hamil terjatuh kerana ditolak orang ramai saat peminat buat satu serbuan untuk memenangi RM 10,000.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.