PROMO: Tawaran menarik telefon pintar di Xiaomi Fan Festival

Digital
6 Apr 2022 • 2:33 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setiap tahun, Xiaomi meraikan peminat dengan mengadakan acara Xiaomi Fan Festival. Tahun ini, ia berlangsung bermula pada 6 April 2022. Di samping pelancaran produk baru, tawaran menarik turut disediakan seperti diskaun dan hadiah percuma.

Selain itu, Xiaomi juga ada melancarkan edisi istimewa peminat untuk telefon pintar mereka. Tahun ini, Redmi Note 11 terpilih dan ia ditawarkan diskaun RM50 untuk pembeli terawal. Harga diskaun ini lebih murah daripada edisi biasa.

image is not available

Digelar sebagai Redmi Note 11 Xiaomi Fan Festival Edition, telefon ini memiliki RAM 4GB dan storan 128GB dan dijual pada harga RM749, harga yang sama dengan edisi biasa. Tetapi khas pada jualan kilat di Lazada dan Shopee, ia boleh dibeli pada harga RM699 sahaja. Edisi peminat ini datang dengan bungkusan eksklusif, warna baru dan pelekat istimewa.

Di samping itu, Xiaomi juga baru sahaja melancarkan telefon pintar Redmi Note 11 Pro+ 5G. Ia adalah peranti paling hebat dalam keluarga Redmi Note 11. Ia mula dijual pada 6 April dan ditawarkan diskaun RM100 menjadikan harganya seperti berikut:

  • Redmi Note 11 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499 RM1,399
  • Redmi Note 11 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599 RM1,499

image is not available

Promosi di Kedai Fizikal Xiaomi Store

Dalam utusan di Facebook, Xiaomi turut menyatakan promosi Xiaomi Fan Festival turut diadakan di kedai fizikal Xiaomi Store. Ia berjalan selama seminggu, dari 6-13 April 2022. Xiaomi menawarkan pembesar suara jam Bluetooth sebagai hadiah percuma dalam kebanyakan promosi di sini.

Bagi mana-mana siri Redmi Note 11, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM 438 iaitu bantal dan selimut premium, beg kanvas serta pembesar suara jam Bluetooth. Pembeli Xiaomi 11T Pro 5G pula boleh mendapat hadiah percuma Redmi Buds 3 Lite dan pembesar suara jam Bluetooth.

Untuk siri Xiaomi 12 yang baru dilancarkan di Malaysia bulan lepas, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM647 iaitu Redmi Buds 3 Lite, Redmi Watch 2 Lite dan pembesar suara jam Bluetooth.

image is not available

Selain itu, Xiaomi juga ada menawarkan diskaun untuk pembelian tambahan apabila membeli mana-mana telefon pintar di atas iaitu:

  • Mi Smart Band 6 – RM189 RM179
  • Xiaomi Luggage Classic 20″ – RM249 RM219
  • Mi Vacuum Cleaner mini – RM189 RM169
  • Mi Wireless Outdoor Security Camera 1080p – RM369 RM339
  • Mi Smart Sensor Set – RM329 RM299

Peminat juga boleh mendapatkan diskaun sehingga RM500 untuk membeli TV pintar Xiaomi iaitu:

  • Mi TV P1 55″ – RM2,499 RM1,999
  • Mi TV P1 43″ – RM1,799 RM1,499
  • Mi TV P1 32″ – RM999 RM799

Anda boleh mencari kedai fizikal Xiaomi Store berdekatan di sini.

image is not available

Bacaan Berkaitan