“Dah La Tak Ada Air..” – Bahana Mercun Bola, Enam Buah Rumah Di Kelantan Hangus Terbakar

29 Apr 2022 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bahana bermain mercun, enam buah rumah berlokasi di Berek12, Kota Bharu, Kelantan dilaporkan telah hangus dijilat api disebabkan oleh kegiatan tersebut.

Video saat kebakaran berlaku juga telah menjadi tular di media sosial di mana punca kebakaran adalah disebabkan kanak-kanak bermain mercun bola yang pada mulanya mengakibatkan kebakaran pada sebuah rumah sebelum api merebak kepada lima buah rumah yang lain.

Difahamkan misi menyelamat dan memadamkan kebakaran turut menjadi sukar kerana kawasan tersebut telah terputus bekalan air sejak sekian lamanya.

Disebabkan oleh itu, pihak bomba terpaksa membawa lori air bagi tujuan memadam api kebakaran yang sedang marak namun masih tidak mencukupi untuk meredakan keseluruhan kawasan yang terjejas akibat bencana itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan rasa simpati dan ada juga yang menzahirkan kebimbangan berikutan masalah bekalan air yang dianggap seperti tidak berpenghujung.

image is not available

Sumber : Twitter  

Berikutan peristiwa menyayat hati itu, ramai netizen merasa terkilan kerana masalah ketiadaan air telah membuatkan operasi menyelamat menjadi sukar dan telah melibatkan kerugian serta kehilangan harta benda yang banyak kepada mangsa.

image is not available 1 hari lalu

"Dah 2022, Bukan Zaman Perang" - Tular Video Pelajar Guna Rakit Pergi Sekolah, Netizen Persoal 'Kerja' Pihak Atasan