
Susulan tularnya foto yang memaparkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bersama Siti Bainun, Nurulhidayah iaitu anak kepada Zahid ada menjelaskan bahawa mereka sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan wanita tersebut dan menentang keras penderaan yang dilakukan terhadap Bella.
Pun begitu, ada di kalangan netizen mendakwa rupanya adik lelaki kepada Nurul mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan Bainun tidak lama dulu yang membuatkan hubungan antara keluarga itu dengan wanita terbabit rapat.

“Saya TIDAK PERNAH membuat kenyataan saya tidak mengenali OKT”
Selepas menerima pelbagai persoalan daripada netizen, Nurul akhirnya mendedahkan yang beliau memang pernah kenal dengan Bainun dan rapat dengan individu terbabit.
Malah menerusi perkongsiannya juga, Nurul memberitahu yang dia merasa dikhianati apabila mendapat tahu wanita yang dianggap suka membantu orang lain itu didakwa mempunyai satu lagi ‘personaliti’ yang tak terbayang dek akalnya.
Pendedahan ini juga katanya demi mempertahankan maruah keluarga dan disertakan screenshot perbualannya dengan Bainun pada tahun lepas.
“Saya menasihati adik agar lupakan hubungan yang ‘toksid'”
Menerusi satu lagi posting di Instagram, Nurul juga memberitahu yang dia pernah ‘kenenkan’ adiknya dengan wanita berkenaan dan usikan demi usikan membuat hubungan keduanya makin rapat.
Walau bagaimanapun, hubungan tersebut katanya sudah menjadi renggang dan dia sendiri yang menasihati adik lelakinya untuk melupakan hubungan yang ‘toksik’ itu jika sudah tiada sefahaman dan hilang rasa saling menghormati.
Apa-apapun Nurul dalam kedua-dua postingnya menegaskan perkongsiannya itu bukanlah untuk mengaibkan sesiapa dan dilakukan untuk menjaga maruah keluarga.
Saya tidak berniat untuk mendedahkan AIB sesiapa dan cukup saya berkongsi yang mereka berdua tiada keserasian.
“Tak timbul cerita ‘hampir’ kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentang perhubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku,” jelasnya.
Diharapkan kita sebagai netizen jaga adab dan kata-kata dalam mengkritik seseorang terutamanya dalam bulan puasa ini. Kak long pun dah explain panjang lebar kan…
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


