“Suara Tetap Legend” – Hidap Skoliosis, Keadaan Terkini Zamani Slam Undang Simpati Netizen

Music
25 Apr 2022 • 9:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi lagenda, Zamani Slam masih mendapat tempat di hati peminat meskipun sudah lama menapak di industri seni hiburan tanah air.

Dia yang kini mengalami masalah tulang belakang melengkung ataupun skoliosis sejak dua tahun lalu difahamkan semakin serius dan kini sedang mendapatkan khidmat rawatan alternatif bagi merawat sakitnya itu.

image is not available

Sumber : Google  

Tular baru-baru ini mengenai sebuah video yang memaparkan Zamani sedang menghiburkan peminat dilaporkan bertempat di Bangi Avenue Convention Center (BACC).

Meskipun pergerakannya agak terbatas akibat sakitnya itu, Zamani dilihat tetap menyanyi dengan baik bagi menghiburkan tetamu yang hadir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati apabila melihat keadaan terkini Zamani yang semakin membongkok.

Dalam pada itu, warga maya dan juga peminat pelantun lagu Gerimis Mengundang itu turut mendoakan agar Zamani kembali sihat seperti kebiasaannya.

Walaupun dilanda masalah kesihatan, penyanyi itu tetap tampil bersuara lunak seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

image is not available 5 bulan lalu

Zamani Tak Mahu Sakit Jadi Alasan, Azam Beri Aksi Terbaik Di Konsert Slam Mentari Muncul Lagi