“Allahu, makin teruk” – [VIDEO] Ramai Sedih Lihat Keadaan Zamani Semakin Membongkok

Entertainment
25 Apr 2022 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi legend Zamani ni? Dari dulu sampai sekarang suaranya tetap lunak didengar dan sedap betul!

Macam yang korang tahu, Zamani mengalami penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakangnya bengkok.

Semakin hari, perubahan fizikalnya makin ketara dan tak mampu untuk disorokkan lagi. Pun begitu, sehingga hari ini Zamani masih gagah memenuhi undangan nyanyian dan membuat persembahan untuk peminatnya.

Baru-baru ini, tular video Zamani membuat persembahan namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah fizikalnya yang dilihat semakin membongkok.

Keadaan terkini penyanyi dari kumpulan Slam ini telah membuatkan ramai netizen bersimpati dengannya dan ada yang turut terkejut melihat perubahan ketaranya lebih-lebih lagi jika nak dibandingkan dengan penampilannya ketika Gegar Vaganza yang ke-5 dulu.

Rata-rata netizen di ruangan komen telah mendoakan agar penyanyi ini diberikan kesembuhan dan turut rasa insaf melihat keadaan Zamani.

image is not available

Menerusi laporan Utusan tahun lalu, Zamani ada mengatakan yang dia akan terus menyanyi dan membuat persembahan selagi penyakitnya itu tidak menganggunya.

Selain itu, Zamani turut mendapatkan rawatan alternatif dan profesional untuk masalah tulang belakangnya itu.

Memang sedih betul tengok Zamani, min doakan Zamani terus kuat dan mampu untuk buat persembahan macam ni banyak banyak.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.