Tiktok uji butang dislike di komen, ciri sama seperti di Youtube & Twitter

Digital
15 Apr 2022 • 1:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat masa ini, pengguna Tiktok hanya ada dua pilihan sahaja untuk memberi reaksi pada komen di sesebuah video. Pertama adalah dengan membalas komen tersebut dan kedua pula melalui butang Like.

Kini, TikTok sedang menguji pilihan ketiga yang membolehkan pengguna dislike komen individu pada video. Selain itu, pengguna juga boleh melaporkan (flag) ulasan yang mereka rasa tidak sesuai untuk dinyatakan.

Pada awal tahun ini, ada beberapa pengguna dapat lihat versi berbeza pilihan dislike untuk komen melalui akaun mereka. Ada yang dipaparkan dengan butang ibu jari tangan ke bawah dan ada juga yang dipaparkan dengan perkataan Dislike.

Namun setakat ini, pilihan tersebut belum lagi diperluaskan kepada semua pengguna. Malah, pengguna juga tidak diberi pilihan untuk dislike video. Tapi jika anda tidak sukakan kandungan pada sesebuah video di halaman FYP, ada cara yang boleh dilakukan untuk tidak melihatnya lagi. Berikut merupakan caranya:

  1. Tekan lama pada video yang anda tidak suka.
  2. Anda akan dipaparkan satu menu pop-up kemudian pilih Not Interested

Melalui ciri tersebut, Tiktok akan kurangkan video seperti yang anda tidak suka itu dari lalu di bahagian FYP.

image is not available

Platform yang sudah lama menyediakan butang dislike pada komen ialah Youtube, kemudian ia diikuti Twitter yang baru sahaja melancarkan butang downvote.

Apabila ada butang dislike pada komen, pengguna sekurang-kurangnya boleh meluahkan rasa tidak suka kepada kenyataan yang disiarkan oleh seseorang. Lagipun, jumlah dislike dan downvote ini di sembunyikan. Bagi saya, ciri ini nampak lebih berguna untuk tunjukkan rasa tidak suka, berbanding individu perlu berbalas komen yang tidak baik pada video atau perkongsian seseorang.

[Sumber: TheVerge]